Tuesday, June 5, 2007

PROGRAM MOTIVASI KESEDARAN DAN TEKNIK BELAJAR ADD MATHS/MATHS PMR & SPM



WAN MOHD SOPI BIN WAN MUDA
Alsop MATHEMATICS,
No. 5, Suasana Permai,
Darulaman Glof & Country Club,
06400 Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

PROGRAM MOTIVASI KESEDARAN DAN TEKNIK BELAJAR
ADD MATHS/MATHS
(PERSEDIAAN MENGHADAPI PMR DAN SPM)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tuan-puan,

Salam bahagia untuk semua. Setiap orang baik ibubapa, guru-guru atau kita sendiri atau mana-mana sekolah atau institusi-institusi pendidikan mengharap yang terbaik dan sentiasa berusaha sebaik mungkin bagi menjamin dan memastikan setiap ahli atau anggotanya mencapai impian. Untuk mencapai matlamat seseorang perlulah sentiasa bermotivasi dan berusaha secara berterusan.

Sebagai pendidik saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti produk yang kita hasilkan. Program motivasi dan teknik belajar yang telah saya laksanakan di sekolah-sekolah telah mendapat respon yang baik, syukur alhamdulillah ramai di kalangan peserta/pelajar yang telah melalui program motivasi ini telah menyatakan "program seperti ini amat bermakna kerana telah berjaya memberi kesedaran dan keinsafan yang mana telah membangkitkan semangat kepada peserta-peserta untuk berusaha dan belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai keputusan yang terbaik demi memenuhi harapan seorang ibu".
Mereka merasakan program seperti ini perlu dijadikan sebagai satu program tahunan di setiap sekolah.

Anak-anak didik kita sebenarnya pandai, kita perlu memberi suntikan kesedaran dan motivasi dalam jiwa dan sanubari mereka. Mereka selama ini terlalai kerana mereka berada "zon selesa".
Sedikit kesedaran akan saya cetuskan dalam minda dan pemikiran anak-anak ini, insyaAllah akan membuat mereka berubah cara berfikir, perubahan ini akan mencetuskan semangat untuk bersaing untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam hidup ketahap yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ceramah motivasi, bengkel teknik belajar dan teknik menjawab akan didedahkan. Persoalan - pengorbanan seorang ibu...dikupas secara halus untuk mengungkitkan kesedaran anak-anak.

Teknik belajar yang tidak sesuai menyebabkan mereka merasa bosan dan susah untuk mengingati apa yang telah diajar atau apa yang telah dibaca. Bagaimana belajar dan mengulangkaji Matematik (Maths) atau Matematik Tambahan (Add Maths) akan didedahkan kepada anak-anak dalam program ini.

Ikutilah program MOTIVASI KESEDARAN DAN TEKNIK BELAJAR ADD MATHS/MATHS ini, InsyaAllah ianya boleh membantu anak-anak atau pelajar-pelajar kita yang bakal menghadapi peperiksaan PMR atau SPM pada tahun ini. Keputusan peperiksaan akan bertambah baik...

Sekian, terima kasih.

WAN MOHD SOPI BIN WAN MUDA,
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,
06400 Pokok Sena,
Kedah Darulaman. (Tel: 0174040322)

No comments: