Tuesday, June 5, 2007

Surat Perjanjian...dengan ibu tersayang (contoh...)

ibu....pengorbanan mu akan ku balas dengan kejayaan... akan ku bawa ibu ke mercu kejayaan...
akan ku lepaskan ibu dari belenggu kesusahan hidup...aku berjanji ibu..aku akan menjadi pelajar yang cemerlang dan anak yang berjaya...

Surat Perjanjian...dengan ibu tersayang

Bahan Ceramah - Pesan Ibu..

PESAN IBU

HASIL CIPTA :

ALSOP MATHEMATICS
WAN MOHD SOPI BIN WAN MUDA
5, SUASANA PERMAI
DARULAMAN GOLF & COUNTRY CLUB,
06000 BANDAR DARUL AMAN
KEDAH DARUL AMAN
TEL: 017-4040322
04-9177864

SEKOLAH MENENGAH SAINS POKOK SENA
06400 POKOK SENA
KEDAH DARUL AMAN.

bekas:

FASILITATOR
PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
MODUL KENEGARAAN (tahun 2004 & 2005)

TEL: 017-4040322
04-9177864






…………
Daripada Pengarang

Istimewa untuk ibunda Hajjah Melah Binti Muda
Dan ayahanda Haji Wan Muda Bin Wan Hitam.
Bapa Mertua Tuan Haji Abdullah Mubarak
Dan ibu mertua Hajjah Jamilah Bt. Zain
Terima kasih kerana menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab, penuh kasih sayang kepada anak-anak, kepada abang-abang dan kakak-kakak tersayang…

“Kita sekeluarga hidup bahagia…”

Terima kasih kepada
isteri tersayang Amani Binti Abdullah Mubarak,
Anak-anak yang comel dan ceria,
Wan Aiman Shauqi, Wan Aifaa’ Shafia ,
Wan Aiman Shaznee dan Wan Aiman Shaheer.










Apabila suadara berminat untuk menatapi dan menghayati puisi
PESAN IBU…mungkin saudara sudah bertemu dengan banyak puisi-puisi dari buku-buku atau saudara telah banyak mendengar puisi-puisi dari pelbagai media sebelum ini…ada yang mudah dan ada yang sukar difahami.. masing-masing ada kelebihan tersendiri.

PESAN IBU… adalah salah satu puisi yang ingin turut sama membantu terutama penulis sendiri, kawan-kawan dan saudara pembaca mengingatkan kembali sejarah silam diri sendiri…peranan seorang ibu dan peranan seorang anak..

Penulis cuba menyelami.. hati dan harapan seorang ibu
terhadap seorang anak…serta peranan seorang anak terhadap seorang ibu…

Penulis puisi PESAN IBU… telah pernah menyampaikan puisi ini…
Dalam siri ceramah motivasi terutamanya kepada Peserta-peserta Program Khidmat Negara Siri 1, Siri 2, Siri 3 dan Siri KHAS pada tahun 2004 di sebuah Kem Program Khidmat Negara dan Siri 1 tahun 2005 di kem yang sama. Ceramah-ceramah Motivasi kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah, penulis juga telah mendeklamasikan puisi ini, didapati puisi PESAN IBU… ini telah memberi kesan kesedaran kepada pelajar-pelajar yang terlibat tentang peranannya sebagai seoarang pelajar dan juga sebagai seoarang anak.

Puisi ini akan memberi kesan yang mendalam sekiranya ianya dibaca dan dideklamasikan dengan nada yang penuh penghayatan.

Idea penulisan puisi PESAN IBU…ini timbul semasa penulis menjadi fasilitator MODUL KENEGARAAN disebuah kem Program Khidmat Negara (PKN). Penulis melihat keadaan anak-anak muda yang perkasa, peserta-peserta PKN perlu ditanamkan dalam sanubari mereka, mereka perlu diberi kesedaran yang mendalam dan mereka perlu tahu sejarah hidup mereka, dari mana mereka, kenapa mereka dibesarkan oleh ibu bapa mereka dan apakah harapan ibu bapa kepada seorang anak…dan apakah peranan anak bila dewasa…

Kini puisi ini telah dibawa kepada pelajar-pelajar sekolah.. ternyata ianya memberi kesan yang amat baik kepada anak-anak pelajar...

Ibnu khatab…

SEMALAM LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI - HIDUP CELAKA

SEMALAM SAMA DENGAN HARI INI - HIDUP SIA-SIA

HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM - HIDUP BERJAYA…


Ibnu Khatab



PESAN IBU…


AKU… AKU…
AKU DILAHIRKAN DENGAN TITISAN DARAH…
DARAH IBU MELIMPAH… MENGALIR MERAH…
IBU MENGERANG KESAKITAN… MENAHAN KEPEDIHAN…
MELAHIRKAN BAYI YANG DITATANG…
SEMBILAN BULAN DALAM KANDUNGAN…


LAHIRLAH BAYI YANG DIIDAM-IDAMKAN…
DENGAN TANGISAN… TANDA KEHIDUPAN…
ITULAH AKU… ANAK IBU…
ANAK BERTUAH…



AKU DILAHIRKAN DENGAN TITISAN DARAH…
DARAH IBU MENGALIR MELIMPAH…
DICIUMNYA AKU…
WALAUPUN MASIH BASAH … BERDARAH…
TANDA KASIHNYA IBU… KEPADA AKU…
AKU ANAK BERTUAH…


DIBESARKAN AKU… DENGAN SUSU IBU…
DIBUAINYA AKU… DENGAN ULEKAN IBU…
DIBELAINYA AKU… DENGAN KASIH SAYANG IBU…
DIPELIHARANYA AKU … DENGAN TITIK PELUH IBU…


AKU… DIBERI MAKAN… TIDAK DIBIARKAN KEBULURAN…
AKU… DIBERI PAKAIAN…KEMAS , SEGAK SEHARIAN…
AKU… DIBERI PENDIDIKAN… TIDAK DIBIAR TANPA PELAJARAN…
AKU… DIBERI UBAT-UBATAN… SIHAT , SEMBUH DARI KESAKITAN…
AKU… DIBERI PERHATIAN… TIDAK DIBIAR TANPA ASUHAN…
AKU… DIBERI KASIH SAYANG…DITATANG PENUH KEMANJAAN…
TERIMA KASIH IBU…
TERIMA KASIH IBU… KERANA KASIH SAYANG MU…



AKU ANAK BERTUAH…
AKU ANAK BERTUAH, BERBANDING ANAK-ANAK ORANG LAIN…
YANG DILAHIRKAN OLEH SEORANG IBU…
TAPI ANAK ITU… DITIMBUS KE DALAM TANAH…
TAPI ANAK ITU… DITINGGALKAN DI TEPIAN JALAN…
TAPI ANAK ITU… DIBUANG KE DALAM TONG SAMPAH…

TAPI ANAK ITU… DILEMPAR KE DALAM SUNGAI…
ANAK ITU… MENJADI SANTAPAN BINATANG… TANPA BELAS IKHSAN…


Hak cipta adalah terpelihara...

Puisi masih ada sambungannya... berminat sila hubungi penulis di atas...

PAKEJ PROGRAM MOTIVASI PELAJAR



WAN MOHD SOPI BIN WAN MUDA

NO.5, SUASANA PERMAI,

DARULAMAN GOLF & COUNTRY CLUB,

06400 BANDAR DARULAMAN, JITRA,

KEDAH DARULAMAN.


PAKEJ .PROGRAM MOTIVASI KESEDARAN

DAN TEKNIK BELAJAR ADD MATHS / MATHS


PAKEJ 1 :


Tempat : Sekolah Masing-masing.

Siaraya : Disediakan oleh pihak penganjur.

Bahasa : Dwi bahasa (Melayu & Inggeris)

Bilangan peserta : minimum 50 peserta.

Bayaran : RM 20.00 seorang peserta persendirian

atau RM10.00 seorang peserta pelajar di bawah

anjuran sekolah atau PIBG.

Tentatif program : 8.00 - 10.00 pagi : Ceramah Motivasi.

Tajuk : PESAN IBU...

10.30 - 1.00 tgh : Teknik Belajar Add Maths / Maths.

Sasaran : Sesuai untuk semua pelajar tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5.



PAKEJ 2 : (2 hari)


Tempat : Sekolah Masing-masing.

Siaraya : Disediakan oleh pihak penganjur.

Bahasa : Dwi Bahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris).

Bilangan Peserta : 50 orang.
Sasaran : Sesuai untuk pelajar-pelajar tingkatan 3, tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Bayaran : RM35.00 untuk seorang pelajar persendirian atau RM25.00 untuk seorang pelajar
anjuran sekolah atau PIBG. (Boleh dirunding).
Tentatif Program : Jumaat : 8.00 - 10.00 pagi : Ceramah Motivasi.
Tajuk : PESAN IBU...
10.30 - 12.30 tgh : Teknik Belajar Add Maths / Maths
02.30 - 04.45 ptg ke: Bengkel Menjawab 1
Sabtu : 8.00 - 10.00 pagi : Bengkel Menjawab 2
10.30 - 12.30 tgh : Bengkel Menjawab 3
02.00 - 04.30 ptg : Bengkel Menjawab 4
04.30 - 05.00 ptg : Penilaian program.
Dapatkan keterangan lanjut dengan menghubungi :
WAN MOHD SOPI BIN WAN MUDA
Alsop Mathematics,
No. 5, Suasana Permai,
Darulaman Golf & Country Club,
06000 Bandar Darulaman, Jitra,
Kedah Darulaman.
Tel : 017-4040322
Fax : 04-9174244


PROGRAM MOTIVASI KESEDARAN DAN TEKNIK BELAJAR ADD MATHS/MATHS PMR & SPM



WAN MOHD SOPI BIN WAN MUDA
Alsop MATHEMATICS,
No. 5, Suasana Permai,
Darulaman Glof & Country Club,
06400 Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.

PROGRAM MOTIVASI KESEDARAN DAN TEKNIK BELAJAR
ADD MATHS/MATHS
(PERSEDIAAN MENGHADAPI PMR DAN SPM)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tuan-puan,

Salam bahagia untuk semua. Setiap orang baik ibubapa, guru-guru atau kita sendiri atau mana-mana sekolah atau institusi-institusi pendidikan mengharap yang terbaik dan sentiasa berusaha sebaik mungkin bagi menjamin dan memastikan setiap ahli atau anggotanya mencapai impian. Untuk mencapai matlamat seseorang perlulah sentiasa bermotivasi dan berusaha secara berterusan.

Sebagai pendidik saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti produk yang kita hasilkan. Program motivasi dan teknik belajar yang telah saya laksanakan di sekolah-sekolah telah mendapat respon yang baik, syukur alhamdulillah ramai di kalangan peserta/pelajar yang telah melalui program motivasi ini telah menyatakan "program seperti ini amat bermakna kerana telah berjaya memberi kesedaran dan keinsafan yang mana telah membangkitkan semangat kepada peserta-peserta untuk berusaha dan belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai keputusan yang terbaik demi memenuhi harapan seorang ibu".
Mereka merasakan program seperti ini perlu dijadikan sebagai satu program tahunan di setiap sekolah.

Anak-anak didik kita sebenarnya pandai, kita perlu memberi suntikan kesedaran dan motivasi dalam jiwa dan sanubari mereka. Mereka selama ini terlalai kerana mereka berada "zon selesa".
Sedikit kesedaran akan saya cetuskan dalam minda dan pemikiran anak-anak ini, insyaAllah akan membuat mereka berubah cara berfikir, perubahan ini akan mencetuskan semangat untuk bersaing untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam hidup ketahap yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Ceramah motivasi, bengkel teknik belajar dan teknik menjawab akan didedahkan. Persoalan - pengorbanan seorang ibu...dikupas secara halus untuk mengungkitkan kesedaran anak-anak.

Teknik belajar yang tidak sesuai menyebabkan mereka merasa bosan dan susah untuk mengingati apa yang telah diajar atau apa yang telah dibaca. Bagaimana belajar dan mengulangkaji Matematik (Maths) atau Matematik Tambahan (Add Maths) akan didedahkan kepada anak-anak dalam program ini.

Ikutilah program MOTIVASI KESEDARAN DAN TEKNIK BELAJAR ADD MATHS/MATHS ini, InsyaAllah ianya boleh membantu anak-anak atau pelajar-pelajar kita yang bakal menghadapi peperiksaan PMR atau SPM pada tahun ini. Keputusan peperiksaan akan bertambah baik...

Sekian, terima kasih.

WAN MOHD SOPI BIN WAN MUDA,
Sekolah Menengah Sains Pokok Sena,
06400 Pokok Sena,
Kedah Darulaman. (Tel: 0174040322)